fbpx

Wakil rakyat, calon pilihan raya dilarang mengajar di masjid, surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Jawatankuasa Pengawasan Agama Islam Negeri Perak telah menetapkan garis panduan larangan mengajar serta bersyarah dalam masjid dan surau yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, terdapat beberapa kategori individu yang dilarang daripada mengajar serta bersyarah di mana-mana masjid dan surau berdaftar dengan jabatan tersebut.

Pertama, ujarnya ialah individu yang telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara atau terpilih sebagai Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mana-mana negeri dilarang

“Individu yang tiada mempunyai sebarang tauliah mengajar daripada Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak serta individu yang memegang jawatan dalam mana-mana parti politik.

“Individu yang menjadi calon bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil.

“Individu yang telah bersara sebagai Ahli Dewan Negara atau Ahli Dewan Rakyat atau ADUN serta didapati kekal aktif dalam kegiatan-kegiatan politik,” katanya dalam satu surat pekeliling di sini hari ini.

Harith Fadzilah berkata, Jawatankuasa Kariah Masjid dan Jawatankuasa Surau hendaklah sentiasa memantau aktiviti mengajar atau bersyarah agar ia selari dengan matlamat pengajaran serta syarahan iaitu pengukuhan ilmu selain pemupukan perpaduan masyarakat.

JAIPk sebelum ini pernah mengeluarkan surat pekeliling bertarikh 26 Oktober 2022 yang menyatakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah bertitah pada 24 Oktober 2019 untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti politik diadakan di premis masjid atau surau baik daripada parti kerajaan mahupun pembangkang.

Turut terkandung dalam surat pekeliling tersebut termasuklah larangan untuk tidak menyampaikan sebarang bentuk ucapan serta paparan lambang dan nama parti di masjid atau surau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI