fbpx

Banjir: Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun kepada 2,684 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA buah rumah yang masih ditenggelami air di Kampung Aur di Rompin.

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di negeri ini turun kepada 2,684 mangsa berbanding 2,999 mangsa yang direkodkan semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A Rahman berkata, kesemua mangsa daripada 766 keluarga itu di tempatkan di 19 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah negeri ini.

“Rompin masih menunjukkan bilangan mangsa yang ramai, iaitu 2,671 orang daripada 764 buah keluarga berada di 18 buah PPS daerah itu.

“Di Maran jumlah mangsa sebahagian besarnya telah pulang ke rumah hanya tinggal 13 orang daripada dua buah keluarga masih ditempatkan di balai raya Kampung Baru Pertanian,”katanya di sini hari ini.

Jelas Che Adam, ketika ini dua sungai masih berada di paras bahaya, iaitu Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan merekodkan paras 10.51 meter dan Sungai Keratong di Rompin.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI