fbpx

Pemuda Cina kongsi kisah cinta pertama dengan gadis Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dikongsikan Liang Chia ketika menghadiri majlis perkahwinan gadis Melayu pertama yang diminatinya.

PETALING JAYA – Seorang pemuda berbangsa Cina secara terbuka berkongsi kisah cinta pertamanya terhadap seorang gadis Melayu ketika berada di alam sekolah menengah.

Liang Chia, turut berkongsi video ketika menghadiri perkahwinan gadis tersebut di TikTok dan memuji dirinya masih cantik seperti kali pertama berjumpa di tingkatan satu.

“Dia merupakan gadis Melayu paling cantik yang pernah saya jumpa. Dia aktif, manis dan menawan. Senyumannya mampu mencairkan segala-galanya. Kalau anda lihat senyumannya, anda mungkin tidak akan dapat lupakannya seumur hidup.

“Dia masih cantik seperti kali pertama saya jumpanya di tingkatan satu. Semoga Tuhan kurniakan permulaan kehidupan baru dengan hikmah, berkat dan kegembiraan,” kongsinya menerusi video tersebut.

Perkongsian Liang Chia itu menerima reaksi baik orang ramai yang memuji sikap positifnya itu.

“Kenangan terindah sangat la tu, saya gembira awak nikmati majlis perkahwinan dia. Teruskan kekalkan aura positif,” ujar Tchmas.

“Kita pula yang sedih ni Chia. Tak apa ramai lagi yang cantik tau. Cuba awak tengok saya, senyuman saya pun boleh cairkan segalanya,” seloroh Kirana.

“Saya tak tahu, tapi perasaan mesti dah tak ada kan sebab benda pun dah lama berlalu?” soal seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI