fbpx

Pasangan kahwin bajet bawah RM1,000, tidak mahu ikut adat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
@wydsetan melangsungkan majlis pernikahan bersama pasangan pilihan hati pada 3 Mac lalu.

PETALING JAYA – Tular di media sosial sebuah pasangan yang baru berkahwin hanya mengeluarkan bajet tidak lebih RM1,000 mencuri perhatian orang ramai.

Menurut @wydsetan yang merupakan pengantin perempuan, majlis perkahwinan itu diadakan secara sederhana tanpa hantaran berikutan keputusan dia dan suami.

“3 Mac 2023 nikah, tiada hantaran dan saya buat ‘make up’ (solek) sendiri. Alhamdulillah (semua ini) keputusan saya sendiri kerana saya tak nak ada masalah dalam kewangan selepas nikah.

“Kerana perjalanan alam perkahwinan itu bukan sehari dan tiada harga untuk diri saya kerana saya sendiri banyak kekurangan,” kata wydsetan menerusi hantaran di Twitternya, semalam.

Katanya lagi, keseluruhan kos perkahwinannya hanya menelan belanja tidak lebih RM1,000 meliputi cincin, makanan, baju (lelaki dan perempuan), inai, mas kahwin termasuk imam serta saksi.

“Saya nikah di pejabat agama dan untuk mas kahwin serta duit imam dan saksi adalah RM380. Beri sedekah orang makan pula RM200 dan inai RM55. Beli baju pun yang boleh pakai lama,” ujarnya.

Mengulas mengapa memilih untuk berkahwin sedemikian, wanita itu menjelaskan dia tidak mempercayai adat dan pernah mengajukan jawapan kepada ibu bapanya serta akui bersyukur menerima suami yang memahami.

“Kebahagiaan dan hadiah yang tiada tandingan dengan hantaran bagi saya adalah seorang lelaki (suami) yang ikhlas untuk menikahi saya,” ujarnya.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai memuji tindakan wanita itu serta mendoakan agar perkawinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Saya doakan semuanya di permudah. Saya harap suami dapatmenjalankan tugas menafkah isteri sebaik-baiknya dan jangan abaikan tanggungjawab,” ucap laila.

“Tunang aku bagi cincin pandora pun habis bising mak-mak saudara aku. Tak tau la macam mana nak kahwin. Rasanya kalau takda RM10,000 tak lepas,” luah pwetty.skin.

“Alhamdulillah. Tahniah. Kahwin macam ni, sumpah ‘jealous’ (cemburu). Moga mahligai dibina kekal ke syurga,” kata nurulnad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI