fbpx

JBPM Terengganu mohon balai bomba Pulau Redang, Pulau Perhentian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hassan 'As'ari (dua dari kanan) sedang memeriksa perbarisan kehormat pada Perhimpunan Bulanan JBPM Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu telah memohon untuk membina balai bomba kekal di Pulau Redang, Kuala Nerus dan Pulau Perhentian, Besut.

Pengarah JBPM negeri, Hassan ‘As’ari Omar, berkata, tapak yang bersesuaian untuk pembinaan sebuah balai bomba gred D dengan anggaran kos RM5 juta telah dikenalpasti di kedua-dua pulau peranginan tersebut.

Beliau berkata, kedua-dua pulau berkenaan memiliki kepadatan penduduk yang meningkatkan risiko berlakunya kebakaran.

“Buat masa ini, kita bergantung dengan pasukan bomba sukarelawan (PBS) sekiranya berlaku sebarang bencana di Pulau Redang dan Perhentian.

“JBPM negeri sudah menghantar permohonan kepada Pejabat Daerah Kuala Nerus dan Besut,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Tahunan JBPM Terengganu di sini hari ini.

Hassan ‘As’ari berkata, beliau difahamkan permohonan tersebut sudah berada dalam pengetahuan pihak berwajib untuk proses penilaian sebelum diluluskan tidak lama lagi.

Beliau berkata, JBPM Terengganu sentiasa memandang serius isu kebakaran di lokasi terpencil dan sukar diakses seperti pulau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI