fbpx

Institut Terjemahan dan Buku Malaysia sahut saranan perkasa budaya ilmu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) menyambut baik hasrat dan saranan kerajaan dalam pemerkasaan budaya ilmu melalui gerakan budaya membaca.

Pengarah Urusan ITBM, Sakri Abdullah berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan lagi usaha mengumpul dan menterjemahkan karya-karya besar untuk dinikmati oleh pembaca tempatan dan antarabangsa.

Jelasnya, ITBM juga sedang mengusahakan beberapa penerbitan yang memenuhi keperluan masa kini dan citarasa generasi muda, antaranya karya William Shakespeare dalam bentuk komik.

“Kerjasama kami dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Yayasan Karyawan diharap akan dapat membentuk satu pasukan yang proaktif.

“Ini bagi memastikan peruntukan yang disediakan kerajaan itu bakal mendapat pulangan secara berperingkat, iaitu dalam jangka pendek, sederhana dan panjang.

“Selain itu, usaha penterjemahan dan memperbanyakkan kepustakaan berbahasa Melayu membuktikan bahawa Bahasa Melayu juga mampu menterjemahkan karya-karya besar dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, inisiatif ini turut memberi manfaat bukan sahaja kepada golongan dewasa, malah kepada pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah.

“ITBM merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas inisiatif dan peruntukan belanjawan yang disediakan untuk pelaksanaan usaha pemerkasaan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI