fbpx

Persembahan Baby Shima dihina taraf pasar malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN Baby Shima bersama Wali Band baru-baru ini dilabel sebagai persembahan 'level' pasar malam oleh netizen.

KASIHAN penyanyi Baby Shima apabila persembahannya bersama kumpulan terkenal Indonesia, Wali Band di Singapura baru-baru ini diselar netizen sebagai persembahan yang layak dinyanyikan di pasar malam.

Punyalah gah pentas konsert yang menjadi saksi Shima beraksi bersama kumpulan terkenal itu, pasar malam pula yang dilabel netizen!

Bagaimanapun, Shima tidak cepat melenting apabila masih memanjatkan rasa syukur kerana diberi peluang membuat persembahan bersama Wali Band walaupun dihina hanya bertaraf pasar malam.

“Alhamdulillah selesai konsert di Singapura bersama Wali Band. Pasar malam pun, alhamdulillah rezeki. Hina sangat ke pasar malam bagi awak?” tulis Shima.

Tak mengapalah Shima, sebab yang mengecam itu pun seorang sahaja, rata-rata komen yang lain tetap menyokong dan menyayangi Shima.

Ramai yang membenci, tapi rupa-rupanya lagi ramai yang menyayangi. Jadi tak perlu terasa apa-apa pun.

DIVA: Telan air liur bila baca Lufya Omar tuntut RM1 juta daripada bekas suami. Mana nak cari!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI