fbpx
KEADAAN lengang di tapak Pasar Malam Kampung Melayu, Kluang yang dirakam pada pukul 7 malam baru-baru ini.

Pasar malam atau pasar petang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Sikap segelintir peniaga yang menutup gerai lebih awal dikenal pasti menjadi punca operasi pasar malam di bandar ini semakin hilang seri sehingga dilihat seperti ‘pasar petang’.

Situasi itu berlaku apabila ramai peniaga mula berkemas sebelum waktu solat maghrib, menyebabkan hanya sebahagian kecil yang meneruskan jualan walaupun masih terdapat pelanggan hadir selepas waktu tersebut.

Seorang peniaga, Hassan Abdullah, 55, berkata, keadaan itu memberi kesan besar kepada suasana dan tarikan pasar malam kerana pengunjung semakin berkurangan apabila ba­nyak gerai tidak lagi beroperasi.

Jelasnya, peniaga dibenarkan berniaga sehingga pukul 10 malam seperti ditetapkan Majlis Perbandaran Kluang (MPK), namun sikap tidak konsisten menyebabkan tempoh jualan kini semakin singkat.

“Sekarang kebanyakan peniaga berniaga jam bermula pukul 3 petang hingga 7 malam. Sedang­kan sebelum ini, kami boleh berniaga sehingga enam jam dan pelanggan biasanya akan kembali semula selepas maghrib,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Tambahnya, keadaan tersebut bukan sahaja menjejaskan suasana pasar malam, malah turut mengurangkan pendapatan peniaga yang sepatutnya boleh ditingkatkan pada waktu malam.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua peniaga pasar malam di bawah pentadbiran MPK agar kembali mematuhi waktu operasi asal iaitu dari pukul 3 petang hingga 10 malam demi memastikan kelangsungan dan daya tarikan pasar malam terus terpelihara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN