fbpx
Aisha Retno menerima dengan hati terbuka segala teguran berhubung staminanya di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 Separuh Akhir (AJL40SA) yang dikatakan tidak berada pada tahap terbaik.

‘Memang penat sebab semua tahu gelombang Jodoh Lebaran’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dikritik persembahan kurang memuaskan, penyanyi Aisha Retno menerima dengan hati terbuka segala teguran berhubung staminanya di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 Separuh Akhir (AJL40SA).

Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, mengakui faktor keletihan menjadi antara punca persembahannya kurang bertenaga, susulan jadual padat selepas lagu Jodoh Lebaran tular baru-baru ini.

“Saya tak nafikan (penat) dan memang selepas buat persembahan saya dah jangkakan komen begitu dari netizen, saya terima.

“Memang kepenatan disebabkan semua tahu gelombang Jodoh Lebaran. Saya tak salahkan mana-mana pihak, bila diumumkan lolos ke AJL saya terkejut, mungkin juri ada penilaian masing-masing yang lebih profesional.

“Terima kasih atas keprihatinan semua, kalau perkara ini terjadi lagi mungkin saya kena minum lagi banyak vitamin atau sediakan mental dan fizikal dengan lebih mantap,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media Anugerah Juara Lagu ke-40 Separuh Akhir (AJL40SA) malam tadi.

Pelantun lagu Sutera itu turut memaklumkan perancangannya untuk berehat selama beberapa bulan bagi memberi fokus penuh kepada pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 agar kejadian sama tidak berulang.

“Saya mungkin akan ambil masa berehat untuk beberapa bulan. Sejujurnya sesiapa yang pernah mengikuti saya daripada Disember tahun lalu sampai titik ini saya belum pernah rehat lagi.

“Kalau Allah bagi rezeki kita galas selagi mampu. Apa-apa pun terima kasih atas keprihatinan saya akan cuba sehabis baik.

“Mungkin betul, saya kena ambil masa beberapa bulan berehat tetapi dalam masa itu juga saya berkarya jugalah,” ujarnya lagi.

Semalam, Aisha mempersembahkan lagu Tak Adil di pentas AJL40SA dan berjaya lolos ke peringkat seterusnya.

Bagaimanapun, ramai yang tidak berpuas hati dengan persembahan Aisha yang dikatakan tidak bertenaga dan tidak mencapai jangkaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN