fbpx

PM anjur program Temu Anwar di KLCC 19 Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program Temu Anwar bakal diadakan di KLCC pada 19 Mac ini.

PETALING JAYA – Sebuah program dialog anak muda bersiri dikenali sebagai Temu Anwar akan diadakan bersama dengan program Forum dan Eksposisi Pemerkasaan Anak Muda 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 19 Mac ini.

Program tersebut diadakan khusus bagi memberi peluang kepada sesiapa sahaja terutama anak muda bertanyakan soalan secara terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Difahamkan, program itu telah dilaksanakan sejak tahun 2009 dan kini masih mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Bagaimanapun, buat julung kali Temu Anwar akan diadakan setelah Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Difahamkan, atur cara bagi program terbabit akan bermula pada pukul 3 petang di Dewan 6 dan 7 di KLCC serta pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI