fbpx

PDRM alu tindakan penguatkuasaan agensi lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
10 suspek yang ditahan dalam Op Tropicana bagi membantu siasatan sindiket penipuan pelaburan di Mahkamah Majistret Putrajaya, 22 Februari lalu. FOTO IHSAN SPRM

KUALA LUMPUR – Semua agensi penguat kuasa berhak mengambil tindakan undang-undang berdasarkan bidang kuasa masing-masing, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Jabatan Imigresen (JIM) membanteras kegiatan sindiket penipuan dalam talian, Op Tropicana, baru-baru ini.

“Kita sentiasa mengalu-alukan apa juga tindakan penguatkuasaan (terhadap pihak) yang menyebabkan kemudaratan dan kesengsaraan kepada masyarakat.

“Jika ia (serbuan) dilakukan SPRM dan JIM, tentu sahaja kita mengalu-alukan tindakan itu,” katanya ketika sidang akhbar Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Menurut Acryl, pihaknya tidak melindungi anggotanya yang terbabit kegiatan sedemikian, katanya ketika mengulas timbul dakwaan sindiket penipuan dalam talian yang ditumpaskan dalam serbuan SPRM dan JIM itu dipercayai dilindungi agensi penguatkuasaan tertentu.

“Jika terdapat pembabitan mana-mana pegawai dan anggota polis dalam apa juga aktiviti yang menyalahi undang-undang, kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“PDRM sehingga kini konsisten tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terbabit perbuatan menyalahi undang-undang dan perkara itu sudah kita buktikan membabitkan pelbagai kes membabitkan anggota kita,” katanya.

Tambah beliau, semua anggota penguatkuasa perlu mematuhi integriti dan kedaulatan yang termaktub dalam undang-undang.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM dipetik berkata dia tidak menolak kemungkinan akan membuka siasatan berhubung dakwaan anggota penguat kuasa tempatan menerima rasuah bagi melindungi operasi sindiket scammer antarabangsa yang diserbu 21 Februari lalu.

Tan Sri Azam Baki berkata dirinya percaya ada anggota penguat kuasa daripada agensi tertentu yang disogok dan tidak menolak juga kemungkinan bahawa aktiviti mereka dilindungi selama ini oleh pihak-pihak tertentu.

Katanya, sindiket berkenaan dianggotai oleh warga asing yang masuk ke negara ini sebagai pelancong, jadi tidak mustahil mereka akan membayar individu tertentu untuk mendapatkan pelindungan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI