fbpx

LPF teliti isu berkait filem Mentega Terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar filem Mentega Terbang yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa sebagai penghinaan kepada agama Islam.

PUTRAJAYA – Lembaga Penapis Filem (LPF), Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan tayangan atau penstriman filem kontroversi ‘Mentega Terbang’ adalah di luar bidang kuasa mereka.

LPF menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, semakan yang dilakukan mendapati, filem tersebut tiada dalam rekod penapisan pihak mereka selain ia ditayangkan secara dalam talian (melalui platform internet).

“Bagaimanapun, LPF sentiasa peka dan komited dalam memastikan unsur-unsur negatif termasuk elemen bertentangan akidah dalam filem dapat dicegah daripada disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan atau diedarkan secara konvensional kepada masyarakat umum di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut LPF, pihaknya kini sedang meneliti semua aspek berkaitan secara menyeluruh sebelum tindakan selanjutnya diambil berhubung dengan filem itu dan aduan boleh disalurkan jika ia ditayangkan secara konvensional di mana-mana premis.

Secara dasarnya, LPF melaksanakan tugas berdasarkan kepada Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] yang menetapkan fungsi penapisan filem dan bahan publisiti filem kepada masyarakat umum kecuali melalui internet.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar mahu Jakim mengemukakan ulasan terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya tindakan undang-undang dapat diambil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI