fbpx
MOHD. FARED mengunjungi Dewan Orang Ramai Sri Medan dan Sekolah Agama Sri Medan, Batu Pahat bagi menyampaikan agihan bantuan.

Banjir: Benarkan masjid jadi PPS di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri membenarkan masjid-masjid utama di kawasan terjejas banjir dibuka sebagai pusat penempatan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, penggunaan masjid-masjid utama itu mestilah mengikut garis panduan disediakan bagi mengekalkan kemuliaan masjid terbabit.

“Ini merupakan pelan kontinjensi yang kita ambil bagi menampung pertambahan tinggi penduduk terkesan banjir malah masjid juga dibenarkan untuk membantu urusan penyediaan makanan bagi diedar dan diagihkan ke PPS berdekatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Fared berkata, Majlis Agama Islam Johor sejak kelmarin aktif mengedarkan barangan keperluan untuk penduduk terkesan banjir yang berada di PPS seluruh negeri ini.

Antara barangan keperluan yang diagihkan ialah tilam, kit solat, kit kebersihan dan tikar yang diagihkan melalui pejabat-pejabat daerah yang terkesan banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN