fbpx

Harga barang sekolah mahal, ibu bapa pilih jenama biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rata-rata peniaga kelengkapan dan barangan sekolah terpaksa menaikkan harga bagi menampung kos perniagaan. – Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Pengusaha kedai barangan sekolah didapati menaikkan harga kelengkapan itu antara lima hingga 20 peratus ketika ini bagi menampung kos perniagaan mereka.

Rata-rata pengusaha kedai yang ditemui Kosmo! semalam mengakui berlaku perubahan harga mendadak membabitkan semua barangan termasuk kasut sekolah dan peralatan menulis.

Seorang pengusaha yang mahu dikenali Alex berkata, situa­si ini berpunca daripada kenaikan kos bahan-bahan pembuatan seperti kain kapas, polister, kelengkapan dan upah menjahit serta nilai mata wang.

Ujarnya, ia menyebabkan dia juga terpaksa menaikkan harga kira-kira lima hingga 10 peratus bagi semua kelengkapan sekolah.

“Kenaikan yang pa­ling ketara berlaku melibatkan kasut sekolah iaitu antara 10 hingga 12 peratus. Sebelum ini, harga kasut sekolah berjenama dijual RM50 sepasang, kini jadi RM60. Kasut jenama biasa pula dahulunya RM29.90 kini dijual RM32.90.

“Ketika ini, kenaikan harga barangan sekolah berlaku hampir di semua kedai dan ada terpaksa menaikkan hingga 20 peratus,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sementara itu, seorang pengusaha premis yang dikenali Cindy berkata, rentetan itu menyebabkan ramai ibu bapa membeli baju dan kasut sekolah jenama biasa.

“Ada pelanggan yang sebelum ini membeli kasut sekolah berjenama berharga RM50 sepasang tetapi kini memilih kasut jenama biasa sekitar RM25 sepasang.

“Terdapat juga yang membeli baju sekolah anak bersaiz lebih besar. Contohnya, baju yang sesuai dipakai anak cuma saiz S tetapi ibu bapa beli saiz M.

“Alasan mereka kerana mahu jimat kos dan tempoh pema­kaian baju sekolah antara setahun hingga dua tahun,” ujarnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan rata-rata ibu bapa terpaksa ber­kira-kira membeli keleng­kapan sekolah anak yang mencecah sehingga RM200 seorang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI