fbpx

Profesor ditahan salah guna kedudukan ambil RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang Timbalan Pengarah sebuah universiti awam (UA) tempatan ditahan selepas mengambil wang lebih RM30,000 hari ini.

Wang hasil keuntungan program konferensi antarabangsa anjuran institusi berkenaan diambil suspek berusia 40an itu dengan dipercayai menggunakan jawatan atau kedudukannya di UA itu.

Menurut sumber, suspek yang merupakan profesor dengan gred Jusa C ditahan kira-kira pukul 3.30 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Tambah sumber, perbuatan mengambil sejumlah wang tersebut dilakukan suspek pada Ogos 2021.

“Suspek dikatakan telah membuat keputusan sendiri untuk memasukkan wang keuntungan tersebut ke dalam akaun bank peribadi miliknya,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau menegaskan suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI