fbpx

Kerajaan pertimbang semula operasi feri ikonik Pulau Mutiara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Kerajaan Pusat akan mempertimbangkan semula perkhidmatan feri ikonik Pulau Mutiara yang ditamatkan operasi pada 31 Disember tiga tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, bagaimanapun operasi feri ikonik itu tidak boleh dikembalikan segera selain perlu mengambil masa berikutan banyak cabaran yang dihadapi.

Menurut beliau, antaranya berkenaan projek pengubahsuaian terminal feri di kedua-dua belah bahagian pulau dan tanah besar ketika ini yang tidak lagi boleh menampung operasi feri ikonik melibatkan pergerakan kenderaan empat roda.

“Kita sedar memang ada permintaan daripada pengguna supaya perkhidmatan feri ikonik yang membawa kenderaan empat roda dikembalikan semula di Pulau Pinang.

“Namun, kita berdepan cabaran dari sudut operasi untuk mengembalikan segera perkhidmatan ini disebabkan terminal lama sudah diubah suai untuk feri baharu yang hanya dapat membawa penumpang pejalan kaki dan penunggang motosikal,” katanya pada sidang media hari ini.

Selepas 126 tahun menjadi pengangkutan tertua di Pulau Pinang, perkhidmatan ikonik feri sebagai alternatif laluan dari Seberang Perai untuk ke bahagian pulau telah digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.

Bot laju baharu yang diperkenalkan itu digunakan hanya untuk membawa penumpang pejalan kaki manakala feri ikonik sedia ada hanya membawa kenderaan dua roda iaitu motosikal dan basikal.

Sementara itu, Anthony berkata, pihaknya akan berbincang dengan pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) berhubung situasi feri ikonik yang masih wujud sama ada mahu dijadikan feri pelancongan mahupun sebaliknya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, sebanyak empat feri baharu yang membawa pejalan kaki dan penunggang motosikal akan mula beroperasi pada 1 Ogos nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI