fbpx

Penyeludup lari tinggal kereta bawa tong petrol, diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis (kiri) dan pegawai penguat kuasa KPDN Kelantan menunjukkan tong berisi petrol dan diesel yang dirampas di Kampung Telaga Bata, Tumpat semalam. FOTO IHSAN KPDN

TUMPAT – Seorang penyeludup cabut lari meninggalkan kereta dipandunya yang membawa minyak petrol dan diesel bernilai kira-kira RM2,236 di tepi jalan dekat Kampung Telaga Bata di sini semalam.

Kereta jenis Proton Gen 2 itu ditinggalkan di kawasan tersebut kira-kira pukul 11 pagi semasa anggota polis menjalankan rondaan di kawasan tersebut.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, semasa menjalankan rondaan, anggota polis melihat sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota bertugas terus menjalankan serbuan terhadap kereta itu sebelum suspek bertindak meninggalkan kereta dipandunya.

“Suspek sempat melarikan diri dan pemeriksaan di dalam kereta itu menemui sebanyak 840 liter diesel dan 210 liter petrol yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2,236. Pihak polis kemudiannya menyerahkan barang rampasan itu kepada KPDN untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI