fbpx

Budak selamba gendong buaya atas belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang budak lelaki menggendong buaya di belakang badannya. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menggendong seekor buaya di atas bahunya, lapor laman berita Suara.com.

Rakaman tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @berbagisemangat. 

Seorang budak lelaki yang hanya berseluar pendek dan berkaki ayam kelihatan berjalan melintasi beberapa penduduk kampung yang berkumpul di sebuah pondok.

Buaya yang berada di belakang budak itu kelihatan tenang ketika kejadian. Dia hanya memegang dua kaki buaya tersebut, manakala muncung haiwan itu diletakkan di atas kepalanya ketika dia berjalan.

Video tersebut mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.

“Buaya memerlukan seorang wanita,” komen seorang netizen.

“Pawang buaya yang sebenar,” komen netizen lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI