fbpx

PDRM akan bekerjasama bersama agensi lain banteras aktiviti pronografi kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui unit khas membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak di bawah Bahagian D11 Jabatan Siasatan Jenayah akan bekerjasama erat dengan pelbagai agensi berkaitan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM mengalu-alukan penubuhan unit tersebut yang dibentangkan dalam pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

“Penubuhan unit khas berkenaan akan memberikan impak positif terhadap usaha kerajaan dalam membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, PDRM turut menghargai peruntukan RM10 juta seperti yang diumumkan sebagai geran pengoperasian bagi mengukuhkan peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) mengekang jenayah penipuan dalam talian atau scam.

Tambahnya, selain pengumuman kerajaan bagi penjawat awam dalam Belanjawan 2023, PDRM turut menghargai usaha kerajaan dalam menyalurkan peruntukan yang akan dinikmati secara langsung oleh warga PDRM.

“Peruntukan itu termasuk RM18.5 bilion yang diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi terus memperkukuhkan ketenteraman awam dan menjamin keamanan serta keselamatan negara.

“Peruntukan hampir RM1 bilion untuk agensi-agensi di bawah KDN bagi memperkasakan keselamatan dalam negeri antaranya untuk memperoleh lebih 2,100 unit kamera badan, serta pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan kuaters polis baharu dengan kos RM450 juta.

“Pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan Kuaters Polis baharu dengan kos RM450 juta, selain penambahan 42 pos kawalan sempadan Pasukan Gerakan Am (PGA), Imigresen, Esscom dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah bagi memperketat kawalan sempadan negara,” ujarnya.

Acryl Sani berkata, selain itu kerajaan juga turut memperuntukkan RM500 juta untuk menyelenggara rumah keluarga angkatan tentera dan membaik pulih kuaters kediaman dan institusi di bawah KDN.

Ujarnya, PDRM akan memastikan peruntukan yang diumumkan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2023 dimanfaatkan sepenuhnya bagi memelihara ketenteraman dan keamanan negara dalam membangun Malaysia Madani. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI