fbpx

[VIDEO] Feri Langkawi terkandas lagi di Kuala Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penumpang feri dari Langkawi yang terkandas di perairan Kuala Kedah dekat Alor Setar pada malam semalam.

ALOR SETAR – Sebuah feri membawa seramai 511 penumpang dari Langkawi terkandas di beting pasir pada kedudukan 0.8 batu nautika dari muara Kuala Kedah dekat sini pada malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Noor Azreyanti Ishak berkata, Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah menerima panggilan daripada Jabatan Laut (JLM) memaklumkan kejadian feri terkandas kira-kira pukul 9.15 malam.

“Ia melibatkan feri Express Bahagia 168 yang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.

“Feri itu terkandas apabila paras air laut surut sehingga menyebabkan feri tersangkut di kawasan beting lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, bot Perkasa 1224 diatur gerak ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan dalam usaha menjaga keselamatan dan membantu pihak feri serta JLM.

“Feri berkenaan berjaya ditunda balik oleh bot penunda (tug boat) milik sebuah syarikat kargo di Kuala Kedah dengan diiringi bot Perkasa pada pukul 11.15 malam,”  katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI