fbpx

Belanjawan 2023: Pemberian sama rata kepada semua pihak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

KUALA LUMPUR – Keseluruhan Belanjawan 2023 dianggap sebagai bajet yang seimbang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, ia ekoran jurang pendapatan dan perbelanjaan negara diturunkan kepada lima peratus berbanding 5.6 peratus sebelum ini.

Jelasnya, pembentangan bajet tahun ini jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan Perpaduan kerana memberikan peluang yang sama rata kepada semua pihak.

“Biarpun pilihan raya sudah berlalu, namun kumpulan sasaran masih dapat, bukan hanya diberikan ruang sama rata, tetapi menunjukkan keprihatinan Kerajaan Perpaduan terhadap rakyat daripada pelbagai kelompok ekonomi,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai projek tebatan banjir yang akan ditender semula, Ahmad Zahid berkata, penjimatan sebanyak RM2 bilion adalah merupakan satu impak yang besar kepada kerajaan.

“Kadar perolehan akan dibuat secara tender, ini memperlihatkan bahawa tatacara perolehan dibuat dalam projek-projek pembangunan, kita akan lihat dalam perolehan bekalan.

“Sebagaimana diumumkan, Akta Perolehan akan dibentangkan tidak lama lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI