fbpx

UsraHDD sistem hibah tanpa kertas pertama dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIFFIN (kiri) bersama Omar Mokhtar menunjukkan aplikasi UsraHDD pada majlis pelancaran semalam.

PETALING JAYA – Syarikat amanah patuh syariah, ­Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) telah me­lancarkan sistem dokumen hibah digital yang dikenali sebagai UsraHDD, iaitu aplikasi pelaksa­naan akad dan penyimpanan dokumen hibah tanpa kertas yang pertama di dunia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ariffin Sabirin berkata, aplikasi tersebut dibangunkan oleh Himayah Technology Sdn. Bhd., iaitu syarikat kerjasama antara WSB, Phylix Sdn. Bhd. dan jurutera perisian, Omar Mokhtar Kassim yang menelan belanja pembangunan sebanyak RM750,000.

Jelasnya, idea pembangunan UsraHDD bermula apabila ekonomi dunia berubah disebabkan pandemik.

“Dalam tempoh tersebut, kami telah membangunkan kaedah akad hibah menerusi aplikasi Zoom pada April 2020, namun kaedah ini sedikit rumit dan memakan masa berjam-jam.

“Menerusi UsraHDD, pemberi dan penerima hibah boleh me­laksanakan akad hibah di mana-mana sahaja daripada telefon pintar mereka asalkan memiliki capaian internet, dengan proses akad mengambil masa kurang 15 minit.

“Ia juga lebih selamat kerana disertakan dengan proses pe­ngenalan diri e-KYC yang menggunakan kemudahan kecerdasan buatan terkini, manakala dokumen hibah disimpan secara digital dalam sistem awan,” katanya pada majlis pelancaran di sini semalam.

Menurut Ariffin lagi, WSB telah menberikan perkhidmatan kepada 80,000 orang Islam di Malaysia setakat 31 Disember lalu serta selaku pelopor dan peneraju penyediaan dokumen hibah, 50,000 daripadanya me­rupakan pelanggan perkhidmatan hibah.

“Pelanggan sasaran untuk UsraHDD ini adalah golongan lebih muda kerana kebanyakan mereka memiliki anak berusia kurang daripada 18 tahun dan lebih celik digital.

“Kami menyasarkan seramai 100,000 pelanggan menggunakan kemudahan ini dalam tempoh dua tahun, yang mengenakan kadar bayaran serendah RM1,600.

“Penggunaan UsraHDD telah bermula sejak Disember lalu dan kami menyasarkan ia bakal ­menyumbang pendapatan antara RM5 juta dan RM7 juta kepada Kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun depan,” ujar beliau.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI