fbpx

Import Kelantan FC mampu cipta kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELANTAN FC meletakkan sasaran realistik iaitu kelompok 10 pasukan terbaik pada saingan Liga Super musim ini memandangkan TRW masih dalam dasa transformasi. – FB KELANTAN FC

KEPUTUSAN pemilik kelab, Norizam Tukiman berbelanja besar khususnya dalam membawa masuk pemain import berkualiti menghadirkan keterujaan buat peminat setia Kelantan.

Kelantan juga ada pemain berpengalaman seperti Nurshamil Abd. Ghani, Shafiq Shaharudin, Farhan Abu Bakar dan Khairul Helmi Johari selain sebenarnya memiliki ‘ubi muda’ yang ada kualiti.

Musim lalu, Ikhwan Yazek menjadi antara pemain muda pa­ling menyerlah, namun sepanjang pramusim kali ini, nama Fazrul Amir Zaman mula meniti di bibir.

Namun, dengan kualiti agak seimbang dimiliki pasukan, Norizam enggan meletakkan sasaran luar jangka, namun dianggap ­realistik bagi mengelak pemain dihimpit tekanan susulan harapan tinggi para penyokong.

Dengan 14 pasukan bersaing pada Liga Super musim ini, sasaran berada dalam kelompok 10 terbaik sudah dianggap paling re­levan memandangkan TRW masih lagi dalam fasa transformasi.

CHOI MOON-SIK

Sekalipun pengurusan lebih selesa dengan status bukan pilihan, kehadiran jurulatih dari Korea Selatan, Choi Moon-sik juga sesuatu yang masih lagi misteri kepada pencabar lain dan tidak keterlaluan The Red Warriors (TRW) mampu cipta kejutan jika dianggap mudah oleh kelab lain.

Kepulangan semula Mario Arques ke pangkuan pasukan pastinya memberikan nilai tambah buat skuad musim ini dan impaknya juga sudah terserlah sepanjang aksi persahabatan.

Selain itu, kelibat Miguel Cifuentes juga menjadi elemen menarik kepada penampilan Kelantan musim ini kerana bekas pemain kelab La Liga, Malaga itu dijangka memainkan peranan lebih besar dan tidak terlalu tertumpu di posisi pertahanan.

INFO KELANTAN FC

KETUA JURULATIH: Choi Moon-sik
KETUA PASUKAN: Mario Arques
GELANGGANG RASMI: Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
GELARAN: The Red Warriors
PEMAIN TUMPUAN: Miguel Cifuentes
PENCAPAIAN LIGA PREMIER MUSIM LALU: No. 2

SENARAI PEMAIN

PENJAGA GOL
Farhan Abu Bakar
Amin Ahmad
Solehin Mamat
Rozaimi Rohamat

PERTAHANAN
Yusri Yuhasmadi
Ghaffar Abdul Rahman
Syaqimi Rozi
Carli De Murga (Pemain import)
Gerald Gadit
Khairul Helmi Johari
Christian Rontini (Pemain import)
Kim Min-kyu (Pemain import)
Miguel Cifuentes (Pemain import)
Afiq Azuan

TENGAH
Ikhwan Yazek
Fazrul Amir Zaman
Afzal Akbar
Faiz Mazlan
Kang Yi-chan (Pemain import)
Syaqimi Rodzi
Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri
Muhaimin Izuddin
Mario Arques (Pemain import)
Syahir Rashid

PENYERANG
Shafiq Shaharudin
Nuha Marong (Pemain import)
Andreas Esswein (Pemain import)
Nurshamil Abd Ghani
Ismahil Akinade (Pemain import)
Hafizan Ghazali
Ammar Nuqman
Leslee Jesunathan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI