fbpx

Emma Raducanu hanya menanti masa sesuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU berdepan prestasi hambar musim lalu, namun memiliki potensi besar untuk menjadi pemain yang berjaya. – AFP

LONDON – Jurulatih tenis profesional dari Russia, Dmitry Tursunov percaya bekas anak buah­nya, Emma Raducanu mampu bangkit berada di landasan sebenar selepas dikritik hebat susulan prestasi hambar tahun lalu.

Sebagai rekod, Raducanu te­lah mencipta kejutan tersendiri apabila menjulang trofi bertaraf Grand Slam, Terbuka Australia edisi 2021 pada usia 19 tahun sekali gus melonjak ke ranking 10 terbaik dunia.

Namun, tekanan yang dilalui oleh pemain berdarah kacukan China-Britain itu sangat hebat sekali gus gagal memberikan saingan kompetitif dengan kedudukan rankingnya menjunam ke-82 ketika ini.

Tursunov yang pernah me­ngendalikan Raducanu selama beberapa bulan tahun lalu meng­akui kualiti yang ada pada pemain berusia 21 tahun itu sangat luar biasa dan kini hanya me­nunggu masa untuk mencapai prestasi lebih konsisten.

“Raducanu adalah seorang pemain yang bijak dan saya tidak risau dengan kemelut prestasinya ketika ini. Secara jujur, semua pemain akan melalui fasa yang sama dan hanya menunggu detik terbaik untuk menyerlah semula.

“Nasihat terbaik yang boleh saya katakan kepadanya adalah kekal tenang di atas gelanggang dan berusaha untuk mengubah corak taktikal sesuai dengan lawan yang ditemui pada mana-mana kejohanan nanti.

“Dia masih lagi muda dan bertenaga, justeru saya sangat berharap dia dapat kembali bangkit menjulang satu trofi musim ini,” katanya, – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI