fbpx

Ada yang beri nama anak bermaksud ‘syaitan tandas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menasihatkan ibu bapa agar menyemak makna sebenar nama anak mereka agar tidak memberi terjemahan maksud tidak baik.

Jawi menerusi hantaran dalam laman sosial rasminya berkata, mereka turut menyenaraikan empat jenis nama yang dilarang dalam ajaran Islam sebagai panduan serta rujukan golongan ibu bapa.

Contoh borang permohonan untuk sokongan pertukaran dan pembetulan nama individu Muslim di Wilayah Persekutuan.- IHSAN JAWI

“Antaranya ialah bentuk pemberian nama individu yang boleh membawa makna buruk seperti Harb bererti perang, Himar bermaksud keldai atau pun Kalb iaitu anjing dan ada juga nama syaitan seperti Honzab (syaitan yang menggoda ketika solat) serta Khubut atau Khobait (syaitan yang mengganggu manusia dalam tandas),” katanya.

Katanya, jenis ketiga ialah nama individu merujuk kepada berhala atau patung disembah oleh penganut ajaran tertentu sebagai contoh Isaaf, Al-Uzza atau Al-Lat.

“Sementara nama untuk jenis keempat yang maksudnya itu boleh menjurus pula kepada perbuatan buruk seperti Asyar bererti jahat, Balidah (bodoh) atau Ayirah (tidak bersyukur).

“Sehubungan itu, ibu bapa Muslim yang mungkin menghadapi masalah nama sedemikian tidak perlu berasa bimbang kerana Bahagian Penyelidikan Jawi sedia membantu,” katanya.

Dalam hantaran tersebut, Jawi memberitahu, permohonan pertukaran nama hanya dibenarkan sekali sahaja dan telah merujuk terlebih dahulu kepada JPN sebelum memohon Surat Sokongan Pertukaran Nama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI