fbpx
Gambar hiasan.

Rupiah jatuh lagi, 1 juta bersamaan RM227 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Nilai mata wang rupiah Indonesia dilaporkan terus menunjukkan penyusutan berbanding ringgit Malaysia hari ini, dengan trend penurunan yang berlarutan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Berdasarkan kadar semasa, sekitar 1 juta rupiah kini bersamaan kira-kira RM227.11 sekali gus mencerminkan kedudukan mata wang itu yang masih lemah berbanding ringgit.

Semakan pasaran turut menunjukkan kadar tukaran semasa sekitar RM0.00023 bagi setiap rupiah, dengan penurunan kecil dicatatkan berbanding hari sebelumnya.

Dalam tempoh seminggu lalu, rupiah dilihat menyusut berbanding ringgit dengan nilai 1 juta rupiah bersamaan RM230.79

Perbandingan tukaran mata wang sebelum ini menunjukkan nilai rupiah berada pada paras lebih tinggi sekitar pada awal April, sebelum menurun secara berperingkat.

Tinjauan di media sosial mendapati ramai yang teruja dan berhajat memilih negara jiran itu untuk bercuti bersama rakan dan keluarga.

“Wei kalau nak ke Indonesia baik pergi sekarang sebab duit mereka tengah jatuh ni.. Jadi kalau nak beli barang-barang memang berbaloi lah bawa balik Malaysia,” komen Intan.

“Macam boleh cecah RM200 je 1 juta rupiah ni. Memang kena rancang percutian ke sana (Indonesia) ni,” komen Shafinaz.

“Waktu terbaik nak tukar duit sekarang untuk siapa yang nak melancong ke Indonesia. Auto kaya pergi sana,” komen Hakim pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN