fbpx

Perkeso beri harapan baru kepada Jancey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar bersama Jancey (duduk) menerima pelbagai bantuan Perkeso. - FOTO: AFIQ RAZALI

KLANG – Seorang wanita bagaikan mendapat harapan baharu apabila menerima pelbagai bantuan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) termasuk kaki palsu dan rawatan pemulihan di Pusat Rehabilitasi Perkeso di Melaka, hari ini.

Bekas pegawai perkhidmatan pelanggan sebuah syarikat logistik, R. Jancey Rani, 43, mengakui pernah cuba membunuh diri selepas kehilangan kaki kirinya dari paras lutut pada tahun lalu.

Katanya, kehidupannya diduga apabila mengidap penyakit diabetis sejak berusia 19 tahun sehingga menganggu kehidupan hariannya.

“Hidup ini penuh liku apabila kesihatan saya mula terjejas teruk bermula 2018 hingga Mei tahun lalu apabila daripada dua jari kaki kiri perlu dipotong sehingga kaki dipotong dari paras bawah lutut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

“Terus-terang apabila kaki kiri tiada, saya blackout atau murung sehingga ada rasa nk bunuh diri,” katanya ketika ditemui rumahnya, hari ini.

Terdahulu beliau menerima bantuan kaki palsu yang ditambah baik, kerusi roda, surat tawaran menjalani rawatan pemulihan di Pusat Rehabilitasi
Perkeso Tun Abdul Razak (PRPTAR) dan juga Surat Tawaran untuk penyertaan dalam Program Return to Work (RTW) yang disampaikan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar.

Bercerita lanjut, anak sulung daripada lima beradik itu menjelaskan kekurangan dirinya membuatkan hanya berada di rumah dengan kelangsungan hidup dibantu seorang adik dan rakannya.

Tambahnya, bantuan Perkeso diperolehnya adalah hasil bantuan salah seorang rakannya yang merujuk kes itu kepada agensi tersebut.

“Sebelum ini, saya hanya tahu kalau sebut Perkeso, hanya melibatkan pencen ilat sahaja.

“Tidak sangka, bantuan dan sokongannya menyeluruh dengan saya rasa seperti lahir semula serta mendapat semangat baharu,” katanya.

Sementara itu, Sivakumar mendedahkan bantuan ini menunjukkan kepentingan Perkeso dalam melindungi para pekerja.

“Penting mencarum ini dan kita menggalakan pekerja-pekerja dan pihak majikan memestikan caruman Perkeso.

“Ramai tidak tahu fungsi Perkeso dengan banyak lagi faedah akan diperkenalkan untuk kebajikan pekerja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI