fbpx

Permohonan subsidi ayam, telur 2023 belum dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Penternak ayam pedaging dan telur di seluruh negara dilaporkan belum boleh memohon subsidi ekoran permohonan masih belum dibuka oleh pihak kerajaan.

Perkara tersebut dijelaskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menerusi satu kenyataan maklum balas sebagai merujuk laporan dua akhbar tempatan mengenai isu tersebut.

“Sebagai makluman, permohonan subsidi bagi tahun 2022 telah ditutup pada 15 Januari lalu dan untuk 2023 pula, masih belum dibuka lagi untuk permohonan baharu.

“Jemaah menteri pada 17 Februari lalu belum memberi kelulusan kepada permohonan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Justeru, sehingga kini pihak DVS dan kementerian masih lagi menunggu minit kelulusan daripada Kabinet bagi pelaksanaan pemberian subsidi untuk tahun ini dibuka,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, permohonan baharu bantuan kewangan untuk penternak hanya boleh dibuat dalam tempoh mulai Januari sehingga Jun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI