fbpx

Pelajar hilang ketika mandi di Pantai Tanjung Rhu ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa lemas, Muhammad Fahmi ditemui terapung di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, tengah hari ini.

LANGKAWI – Pelajar jurusan kejuruteraan penerbangan yang dihanyutkan arus laut ketika mandi di Pantai Tanjung Rhu di sini pada petang semalam ditemui mati lemas, tengah hari ini.

Mayat mangsa, Muhammad Fahmi Hafizi Zulkifli, 21, ditemui pada jarak kira-kira 50 meter dari pantai dan tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan hilang kira-kira pukul 1.24 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat selepas mengesan objek terapung di kawasan pencarian.

“Pengecaman mayat dibuat oleh ibu dan ibu saudara mangsa,” katanya ketika ditemui di pos kawalan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pantai Tanjung Rhu di sini, hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha di sini untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Sayani Saidon memberitahu, kejadian lemas dipercayai berlaku ketika mangsa bersama 10 rakan mandi di situ dalam keadaan air laut pasang dan cuaca berangin.

“Kesemua mereka dikatakan pergi ke pantai itu untuk aktiviti perkhemahan melibatkan 21 orang kesemuanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI