fbpx

[VIDEO] Banjir: Puluhan kenderaan terkandas di Desa Putra Cyberjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan pengguna jalan raya terpaksa menghentikan kenderaan selepas jalan raya dinaiki air petang tadi.

SEPANG – Hujan lebat selama hampir satu jam petang tadi telah mengakibatkan berpuluh pengguna jalan raya terkandas susulan air bertakung yang menghalang lalu lintas di Desa Putra Cyberjaya di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengguna jalan raya memaklumkan tentang kejadian kira-kira pukul 6.31 petang.

“Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dengan bantuan dari BBP Dengkil telah dikejarkan ke lokasi untuk membuat pemantauan dan operasi menyelamat sekiranya perlu.

“Sebaik tiba, pasukan penyelamat mendapati telah berlaku banjir kilat berkedalaman 0.2 meter sehingga mengakibatkan jalan raya kedua-dua arah tidak dapat dilalui kenderaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, air yang bertakung kemudiannya surut dengan sendiri dan lalu lintas kembali lancar kira-kira pukul 7.30 petang tadi.

“Kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa dan laluan telah dibuka kembali untuk pengguna jalan raya,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI