fbpx

Sisa kilang punca air bertukar hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk, Azlin Ahmad menunjukkan air longkang bertukar hitam di Kampung Chegar Medang, Bentong kelmarin.

BENTONG – Tanda tanya me­ngenai air longkang yang bertukar hitam dan berbau busuk hingga menusuk hidung penduduk Kampung Chegar Medang di sini, terjawab apabila ia didakwa berpunca daripada sisa buangan sebuah premis di kawasan perindustrian berhampiran.

Pencemaran berlaku apabila longkang tersebut bersambung dengan kawasan industri hingga menyebabkan air daripada industri akan mengalir ke longkang di kawasan kampung sebelum ke Sungai Bentong.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Datuk Seri Johari Harun berkata, pemeriksaan awal mendapati, air hitam dilepaskan ketika pemilik premis menyelenggara sistem pengolahan efluen perindus­trian.

Johari

Katanya, ia kemudian terus mengalir ke longkang awam.

Keratan Kosmo! semalam.

“Kita telah mengarahkan premis supaya menghentikan operasi serta-merta dan menutup lubang air ke longkang dan premis berkenaan akan dikompaun serta dikenakan tindakan undang-undang jika bukti mencukupi.

“Kami sangat tegas dalam hal pencemaran seperti ini,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan lebih 1,500 penduduk Kampung Chegar Medang dan kawasan berhampiran gempar apabila air longkang yang terletak di kawasan kampung berkenaan tiba-tiba mengalirkan air berwarna hitam.

Kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk yang bimbang air berkenaan tercemar dan membahayakan kesihatan mereka serta merosakkan hidupan sungai.

Menurut Johari, sampel efluen yang keluar daripada kawasan proses dan Buangan Terjadual itu telah diambil untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia Malaysia.

“Notis Arahan Seksyen 31 dan 37 akan dikeluarkan kepada premis untuk mengambil tindakan pembaikan bagi semua ke­salahan yang berlaku dan premis juga diarah untuk mengemukakan pelan tindakan kepada Jabatan Alam Sekitar,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI