fbpx

Mahkamah: Lelaki skodeng wanita mandi di Sri Permaisuri kena RM4,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video lelaki tersebut ketika menghendap yang tular di media sosial, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang penghantar makanan yang mengambil gambar dan video seorang wanita sedang mandi di sebuah pangsapuri bulan lalu, membawa padah apabila dia didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Mohd. Khalis Rusli, 32, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, tertuduh boleh dipenjara empat bulan dan tertuduh membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa telah mengaibkan kehormatan seseorang wanita berusia 28 tahun, dengan cara mengambil gambar dan video mangsa sedang mandi melalui telefon bimbit jenis Iphone X di sebuah unit pangsapuri di Jalan Tasik Permaisuri, di sini pada pukul 3 pagi pada 13 Januari lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya.

Terdahulu semasa prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu agar dikenakan hukuman denda pada kadar rendah kerana baharu sahaja mendapat kerja awal bulan ini, selain perlu menanggung ibu bapa dan adik-beradik.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aisyah Mohamed Zanyuin mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana tindakannya telah mengaibkan mangsa dengan mengambil gambar yang tidak senonoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI