fbpx

Letih buat aduan, penduduk tampal sendiri jalan berlubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk menampal sendiri jalan selepas aduan mereka tidak diberi perhatian segera oleh pihak berwajib di Kampung Orang Asli Sungai Kiol dan Kampung Jeransang, Jerantut semalam.

JERANTUT – Penduduk di dua buah kampung mengambil inisiatif sendiri untuk menampal jalan yang berlubang menggunakan batu kapur selepas aduan mengenainya yang dibuat kepada pihak berwajib sebelum ini tidak mendapat perhatian.

Usaha menampal jalan melibatkan dua buah kampung iaitu Kampung Jeransang dan Kampung Orang Asli Sungai Kiol itu dilakukan dengan kerjasama PKR Cabang Jerantut.

Ketua PKR Cabang Jerantut, Mohd. Rafly Mohd. Satar berkata, kerja-kerja menampal jalan berlubang mengambil masa kira-kira sejam.

“Lubang di atas jalan itu telah banyak mendatangkan masalah kepada penduduk apabila ramai yang mengalami tayar bocor. Mereka menggunakannya untuk pergi kerja, menghantar anak sekolah dan pelbagai urusan siang dan malam.

“Tindakan menampal lubang sendiri dilakukan selepas tiada apa-apa tindakan dilakukan pihak berwajib setelah aduan yang telah dibuat oleh penduduk,” katanya di sini semalam.

Menurut Mohd. Rafly, seba­nyak satu lori batu kapur bertanah digunakan bagi menampal lubang-lubang yang agak dalam dan besar di laluan utama ke kampung berkenaan.

Tambahnya, batu kapur digunakan untuk sementara waktu sebelum ia diturap dengan tar oleh pihak terbabit.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama penduduk kampung di daerah ini akan terus melakukan kerja-kerja menampal jalan dari semasa ke semasa demi keselamatan penduduk.

Ujarnya, PKR Cabang Jerantut akan bekerjasama dengan beberapa kampung lain lagi untuk menampal jalan-jalan yang berlubang di sekitar kampung itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI