fbpx

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan mula operasi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HMM telah memulakan operasi hari ini, mengikut perancangan.

PETALING JAYA – Hospital Medan Malaysia (HMM) telah memulakan operasi hari ini, mengikut perancangan.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Facebook MyJointForce turut berkongsi bahawa HHM tersebut telah menerima pesakit pertama yang merupakan penghidap asma.

“Penduduk kampung berdekatan di Celikhan yang terdiri daripada wakil wanita telah melawat HMM untuk melihat lebih dekat cara pengoperasian dan menerima taklimat oleh petugas HMM.

“Penubuhan HMM telah mendapat penghargaan daripada penduduk tempatan yang terjejas bencana gempa bumi,” katanya.

Kosmo sebelum ini melaporkan, HMM milik ATM itu dijangka memulakan operasi di Adiyaman, Turkiye pada Rabu depan bagi memberikan khidmat perubatan kepada mangsa gempa bumi di sana.

Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd. Dom berkata, operasi Hospital Medan itu akan menawarkan perkhidmatan perubatan bagi Tahap 1 dan 2 termasuk prosedur pembedahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI