fbpx

Bapa didenda RM10,000 kerana cuai punca kematian bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUALA LUMPUR - Amirul Hakim (baju kotak biru) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh FAIZ ALIFF

KUALA LUMPUR – Akibat cuai, sehingga menyebabkan kematian bayinya berusia tiga bulan pada awal bulan lalu, seorang bapa didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Amirul Hakim Muhamad Fadzil, 27, selepas tertuduh mengekalkan pengakuan salah terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Selain itu tertuduh juga turut dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin tanpa cagaran RM5,000 selain turut diperintah menjalani khidmat masyarakat 120 jam bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, Amirul Hakim didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian bayi lelakinya akibat kecederaan pada kepala, di sebuah rumah pangsapuri di Gombak di sini, pukul 4.15 petang pada 3 Januari lalu.

Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI