fbpx

Angkasa tawar jalan selesaikan masalah ayam, telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL FATTAH bersedia membentangkan formula ekosistem baharu yang diyakini mampu menyelesaikan isu ketidakstabilan bekalan ayam dan telur.

MELAKA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menawarkan kerajaan ekosistem baharu yang dapat melumpuhkan sistem monopoli oleh kartel sedia ada, sekali gus menyelesaikan isu ketidakstabilan bekalan ayam dan telur.

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya telah mengenal pasti lebih 300 penternak di dalam koperasi tersebut yang merupakan vendor kepada syarikat kartel.

Ujarnya, masalah ketidakstabilan bekalan timbul apabila kesemua hasil ternakan itu telah dibeli oleh syarikat kartel untuk diagihkan kepada pembekal.

“Ikut rekod kita, pembekal-pembekal (kartel) dia juga bekalkan ayam, makanan ayam dan beli balik ayam diternak oleh penternak, itu yang jadi masalah kerana kalau mereka rasa nak naikkan harga makanan, dia akan naikkan.

“Jadi Angkasa cadangkan sebuah ekosistem baharu iaitu kesemua penternak ladang ini membekalkan terus bekalan ayam kepada lebih 3,000 rangkaian kedai runcit kita di seluruh negara, jangan bergantung kepada syarikat pengeluar utama yang sering mendatangkan masalah,” katanya ketika ditemui pemberita di Perindustrian Krubong, di sini.

Tambahnya, sebagai badan yang turut menganggotai pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Angkasa mempunyai rangkaian dengan ribuan koperasi di seluruh dunia dan sudah mengenal pasti negara yang boleh bekerjasama.

Katanya, ia termasuklah bagi mendapatkan bekalan makanan ayam dan anak ayam.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihak telah mengemukakan cadangan itu secara dasar kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan bersedia membentangkannya secara rasmi pada Mac ini.

“Kita sudah siap sedia, terpulang kepada Menteri kalau dapat dalam masa sebulan untuk kita angkat dan cadangkan sebagai dasar baharu kepada kerajaan.

“Kalau ini dapat dilaksanakan, sekurang-kurangbya 20 peratus rakyat Malaysia yang terdiri daripada ahli koperasi ini dapat diselesaikan masalah bekalan ayam kepada mereka,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI