fbpx

98 kolam sumber air alternatif di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai LUAS memantau satu daripada kolam itu di Tasik Biru, Kundang, Selangor.

SHAH ALAM – Sebanyak 98 kolam sumber air alternatif dikenal pasti berpotensi menjadi sumber air mentah tambahan di Selangor.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, sebanyak 20 daripada kolam itu telah diwartakan sebagai zon perlindungan bagi kawalan mengikut Seksyen 48 Enakmen LUAS 1999.

“Baki jumlah itu pula sedang diwartakan supaya semua kolam alternatif berkenaan dapat disiap siagakan ketika diperlukan.

“Kolam ini sentiasa dipantau LUAS bagi mengelak gangguan dan kerosakan terhadap kualiti serta kuantitinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Minggu lalu, kerajaan Selangor menerusi inisiatif Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) akan membina infrastruktur khas bagi mengalirkan sumber air mentah dari kolam secara lebih sistematik ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi menangani masalah kualiti dan kuantiti sumber air.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian negeri, Izham Hashim dipetik memaklumkan, kemudahan itu meliputi pemasangan pam berkapasiti 3,000 juta liter sehari (JLH), pembinaan rumah pam, paip air mentah dan struktur pintu air boleh laras yang dikawal secara automatik di Sungai Selangor.

Menurut LUAS, pihaknya turut telah menjalankan pemantauan satu daripada kolam itu di Tasik Biru, Kundang.

“Semakan yang dijalankan bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu bagi melihat kerja-kerja yang perlu dilaksanakan.

“Langkah itu bagi menangani masalah air tasik melimpah dan ‘backflow’ (aliran semula),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI