fbpx

Penubuhan Lembaga Unggas Negara dibincangkan – Mat Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD SABU (tengah) ketika melawat Kilang Milagro, di Perindustrian Krubong, Melaka, hari ini. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) sedang meneliti cadangan untuk penubuhan Lembaga Unggas Negara bagi menstabilkan kenaikan harga ayam dan telur dalam pasaran.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat ini cadangan itu masih diperingkat perbincangan dan belum mempunyai sebarang keputusan awal.

“Itu (lembaga unggas) peringkat perbincangan, akan kita teruskan,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pusat Operasi dan Kilang Milagro di Krubong di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai gesaan pemain industri yang meminta cadangan Penubuhan Lembaga Unggas Negara diperhalusi kerajaan, selain melantik syarikat milik kerajaan (GLC) untuk terlibat 100 peratus dalam menghasilkan anak ayam day old chick (DOC) serta makanan dedak ayam.

Beliau menegaskan, sehingga kini subsidi kepada pengusaha ladang ayam dan telur masih diteruskan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.8 bilion bagi menstabilkan harga makanan keperluan itu.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kenaikan harga sayur ketika ini, beliau berkata perkara itu dalam pemerhatian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan usaha untuk menurunkan kadar sedang dilaksanakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI