fbpx

Habis ‘shooting’, jangan bawa balik perasaan balik rumah – Ashraf Muslim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHRAF MUSLIM berpandangan pelaku seni perlu profesional ketika berada di set penggambaran untuk mengelak perihal berkaitan cinta lokasi berlaku kepada mereka yang sudah berumah tangga. - AFIQ RAZALI.

KUALA LUMPUR – “Patutnya kalau kerja (di lokasi penggambaran), kita patut tahu sejauh mana limitasi kita.”

Demikian pandangan pelakon Ashraf Muslim yang hidup berpoligami berhubung’penyakit’ cinta lokasi yang berlaku kepada sebilangan anak seni tempatan, sejak akhir-akhir ini.

Kata Ashraf atau nama sebenarnya, Muhd. Ashraf Muslim, perihal berkait emosi dan perasaan memang sukar untuk dibendung namun sebagai manusia yang diberikan akal fikiran, kita sendiri yang patut bertindak mengawalnya.

“Kena tahu bila sampai satu tahap, kena tahu bila nak berhenti. Habis ‘shooting’, dah habis di situ. Jangan nak bawa balik rumah atau follow-up untuk benda-benda yang merepek.

“Sebab apa, bila ada follow-up atau susulan, itu yang jadi lain.

“Nasihat saya, industri ini sangat kecil. Kalau nak betul-betul, teruskan sampai jadi (ketawa). Tapi, kalau setakat nak sekerat-kerat ini, lebih baik anda sendiri tahu sejauh mana limitasi anda.

“Sebab takut apa yang berlaku (melibatkan cinta lokasi) pihak sebelah sana pun dah berkahwin, akan menjejaskan kerjaya lakonan kita,” kata suami kepada Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi itu kepada Kosmo! Online.

Ashraf, 42, yang ditemui usai sidang akhbar siri Viu Malaysia, Nenek Bongkok Tiga berkata, perihal yang boleh diselesaikan tanpa mencanang atau kecoh satu negara, lebih baik dibiarkan begitu dan tidak diperbesar-besarkan.

“Senang cerita, apa yang ada dalam hati tak payah bagitahu oranglah. Itu sahaja, simpan di sini sahaja (merujuk di dalam hati).

“Baik ke tak baik ke, simpan sahaja di sini (hati sendiri). Kalau boleh selesai dengan pasangan, lebih baik begitu. Tak perlu bising atau luahkan di mana-mana platform.

“Sebab bukan hanya beri kesan kepada diri dia sendiri tetapi juga orang sekeliling termasuk kawan-kawan, suami isteri dan keluarga.

“Kalau hati kita tak boleh mengawal, ia akan jadi benda lain. Hati kita akan kawal semua sekali; perbuatan, tangan dan mulut kita,” katanya.

Ashraf diminta mengulas tentang trend cinta lokasi yang berlaku dalam kalangan selebriti tempatan yang menganggu gugat keharmonian hubungan pasangan selebriti yang sudah berumah tangga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI