fbpx

Lapan anggota keselamatan cedera serangan bom di Selatan Thai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 100 polis, tentera dan pegawai kerajaan dikerah mengesan suspek yang didakwa melarikan diri ke dalam hutan. - Thaiger

BANGKOK – Sekurang-kurangnya lapan anggota keselamatan daerah cedera dalam serangan bom di sebuah landasan kereta api di wilayah Narathiwat, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pegawai Balai Polis Reuso dimaklumkan bahawa lapan anggota pasukan keselamatan itu cedera akibat letupan ketika melakukan tugas mengawasi keselamatan landasan kereta api di kawasan Kampung Duyae, Mukim Sao Or, dalam Daerah Reuso.

Penyerang dilaporkan menanam bahan letupan buatan sendiri (IED) di tepi landasan dan meletupkannya ketika anggota-anggota pasukan keselamatan berkenaan melintas landasan untuk pulang ke pangkalan mereka. Kesemua lapan anggota berkenaan cedera.

Selepas letupan berlaku, pasukan tentera dan anggota unit pemusnah bom dikerah untuk memeriksa kawasan tersebut.

Lebih 100 anggota tentera, polis dan pegawai kerajaan serta anjing pengesan dikerah untuk menjejaki penyerang yang didakwa melarikan diri ke dalam hutan. Bagaimanapun, suspek masih belum dikenal pasti.

Polis mengesyaki bom yang menyasarkan perwakilan negeri itu ditanam oleh kumpulan pemisah yang cuba menimbulkan kekacauan di kawasan tersebut.

Serangan berlaku pada hari sama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu rakan sejawatnya, Prayut Chan-o-cha di Bangkok untuk membincangkan langkah menangani pemberontakan yang berterusan selama dua dekad di Selatan Thai.

Semasa sidang media di Bangkok, Anwar berkata, beliau ‘tidak menyokong’ keganasan di selatan Thailand.

“Saya datang ke sini dengan mesej yang jelas, bahawa kerajaan Malaysia tidak akan menyokong penggunaan keganasan untuk menyelesaikan sebarang konflik,” tegas Anwar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI