fbpx

Dominasi kaum Melayu dalam sektor awam pandangan peribadi P. Ramasamy – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menandatangani Replika e-Book Disability Manangement selepas majlis pelancaran SKSSR dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Dominasi kaum Melayu dalam sektor perkhidmatan awam bukan permasalahan, tiada pertimbangan oleh kerajaan untuk sebarang perubahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, perkara dibangkitkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy untuk mereformasikan perkhidmatan awam yang didominasi kaum Melayu merupakan pandangan peribadinya.

“Itu pandangan peribadi dia, kalau perlu timbang, kita timbang, tetapi itu pun bukan pandangan DAP.

“Perkara ini tidak kita bukakan saluran untuk kita pertimbangkan kerana dalam keadaan sekarang, saya tidak fikir itu satu masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepad pemberita selepas melancarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Ramasamy sebelum ini berkata, hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bangsa Cina, tidak lagi terpakai.

Dakwanya, hujah berkenaan digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menginstitusikan hegemoni Melayu dalam sektor awam, khususnya perkhidmatan awam.

Beliau turut mendakwa terdapat juga diskriminasi kaum secara rahsia apabila ia berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam.

Mengulas lanjut, Anwar turut sentiasa mengambil maklum semua pandangan yang dilontarkan, namun keputusan itu tidak semestinya akan mempengaruhi keputusan kerajaan atau sebaliknya.

“Kita jangan pula melarang orang bercakap untuk memberi pandangan, boleh. Tetapi ia tidak mempengaruhi keputusan DAP dan tidak mempengaruhi keputusan kerajaan,” ujarnya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI