fbpx

Remaja OKU lembam lemas ketika mandi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Kombat, Felda Perasu di Gua Musang

GUA MUSANG – Kegembiraan seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) kategori lembam yang mandi-manda bersama empat rakannya di Sungai Kombat, Felda Perasu di sini semalam berakhir tragedi apabila dia lemas di sungai itu.

Mangsa, Muhammad Fakhrul Imam Zulkepli, 16, dari Felda Chiku 2 di sini disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang selepas dibawa ke Klinik Desa Felda Perasu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati, mangsa dikatakan berkunjung ke Sungai Kombat selepas makan mi celup bersama empat rakannya di sebuah gerai di Felda Chiku 2.

“Mereka sampai di sungai tersebut kira-kira pukul 4.30 petang dan mula mandi di situ. Ketika sedang mandi, mangsa bersama seorang lagi rakannya dikatakan seperti ditarik arus air ke tempat yang lebih dalam.

“Menyedari Muhammad Fakhrul Imam dan seorang rakannya sudah hampir lemas, tiga lagi remaja itu sempat menyelamatkan salah seorang mangsa untuk naik ke tebing sungai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Choon Foo, ketiga-tiga remaja itu kemudiannya cuba menyelamatkan Muhammad Fakhrul Imam, namun sebatang kayu yang digunakan mereka patah sebelum mangsa kemudian hanyut dan tenggelam dibawa arus.

“Mereka mencapai dan membawa mangsa ke tebing sungai sebelum memberi bantuan awal pernafasan, namun Muhammad Fakhrul Imam ketika itu sudah tidak memberi sebarang tindak balas.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang di sini dan hasil bedah siasat mendapati kematiannya berpunca daripada lemas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI