fbpx

Lelaki alami gangguan bipolar disyaki terjun Jambatan Paka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jambatan Paka, Dungun yang menjadi lokasi seorang lelaki disyaki pesakit mental terjun pada semalam.

DUNGUN – Pengguna jalan raya gempar apabila seorang lelaki yang dipercayai menghidap penyakit mental tiba-tiba bertindak nekad terjun dari Jambatan Paka di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.10 malam itu, lelaki berusia 31 tahun dilihat melompat melepasi penghadang besi jambatan itu sebelum terjun ke dalam muara Sungai Paka.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, dua penunggang motosikal yang menyaksikan insiden berkenaan telah melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Sepasukan bomba yang bergegas ke lokasi kejadian tidak lama kemudian pada mulanya tidak menjumpai apa-apa mencurigakan di kawasan Jambatan Paka tersebut.

“Begitupun, selepas ia tular di media sosial, seorang wanita mendakwa kemungkinan lelaki yang terjun terbabit merupakan anaknya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, wanita terbabit mendakwa anaknya yang menghidap gangguan bipolar sering mengadu pening dan mahu terjun ke dalam Sungai Paka di sini sejak akhir-akhir ini.

Tambah beliau, wanita itu juga memberitahu anaknya memakai baju T berwarna putih dan berseluar hitam sebelum keluar dari rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI