fbpx

Kementerian Pertahanan hantar pasukan perubatan, ATM bina hospital medan di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika mengadakan lawatan kerja di Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) Kem Lok Kawi hari ini. - FOTO IHSAN MINDEF

KOTA KINABALU – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan Kementerian Pertahanan (Mindef) akan menghantar bantuan terdiri daripada pasukan doktor, paramedik dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Turkiye bagi membantu mangsa gempa bumi di negara berkenaan.

Dijangkakan bertolak dari Malaysia pada pukul 2 pagi nanti, pihaknya sudah mengatur gerakan kor kesihatan ATM untuk menghantar sepasukan anggota bersama hospital medan iaitu terdiri tiga unit bagi tingkat satu (level 1) satu unit bagi tingkat dua (level 2).

“Tingkat satu ini mempunyai bilik kecemasan dan tingkat dua terdapat bilik bedah. Semua bantuan ini akan dihantar ke Turkiye menggunakan Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Bagaimanapun, kita belum tahu kawasan yang ada keperluan jadi kita serahkan kepada pihak Turkiye untuk tentukan kesesuaiannya,” katanya ketika sidang media selepas sesi lawatan kerja di Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) Kem Lok Kawi, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad turut memaklumkan pihaknya menganggarkan pasukan doktor, paramedik dan anggota ATM yang bakal membentuk hospital medan akan berada di Turkiye selama enam minggu.

“Kita menganggarkan mereka berada di sana sekitar enam minggu untuk beroperasi. Pergi ke sana seperti ke medan perang, mesti bawa peralatan, bekalan dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, beliau menyatakan baharu sahaja dimaklumkan oleh Panglima Tentera Darat bahawa pihak Turkiye dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut memohon agar kementerian menghantar 60 orang anggota mencari dan menyelamat bagi membantu operasi di lokasi kejadian.

Ditanya mengenai perkembangan pemantauan aset pertahanan ATM, TUDM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di kawasan laut yang menjadi pertikaian sekitar Beting Patinggi Ali di perairan Sarawak, baru-baru ini, Mohamad berkata, kawasan berkenaan sudah diwartakan sebagai zon ekonomi ekslusif.

“Kita akan menjaga kepentingan negara, kedaulatan negara dan aset-aset kita sentiasa ada di sana,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI