fbpx
Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap bekas isterinya, Adira Suhaimi atas keterlanjuran kata-kata dalam media sosial sebelum ini.

Datuk Red mohon maaf secara terbuka pada Adira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap bekas isterinya yang juga penyanyi Adira Suhaimi atas keterlanjuran kata-kata dalam media sosial sebelum ini.

Menurutnya, permohonan maaf tersebut ikhlas dibuat selepas menyedari kesilapan dilakukan terhadap bekas isterinya.

“Saya Adnan Abu. Video ini ditujukan khas kepada bekas isteri saya, Siti Adira Suhaimi dan pihak peguam dia.

“Permohonan maaf ikhlas daripada saya untuk minta maaf atas sifat keterlanjuran dalam media sosial secara langsung atau pun tidak, saya mohon maaf secara ikhlas,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Tambah Adnan, dia berharap permohonan maaf tersebut akan dapat menghentikan segala kemelut yang berlaku antara mereka berdua.

Dia juga turut menyuarakan hasrat untuk melakukan perbincangan bersama Adira mengenai urusan berkaitan anak-anak.

“Harap atas permohonan maaf saya ini, perbalahan kita ditamatkan.

“Kita boleh berunding cara macam mana untuk membesar dan menjaga anak dengan haluan masing-masing,” ujarnya.

Sebelum ini, Adira meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Adnan Abu yang didakwa meletakkan syarat bagi menyelesaikan kemelut kes rujuk mereka.

Adira mendedahkan usahawan itu meminta bayaran sebanyak RM100,000 sebagai salah satu syarat untuk membatalkan kes selain menggugurkan kes saman sivil berkaitan tuntutan hutang.

Dia bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan menegaskan tidak pernah membuat sebarang tawaran itu.

Adnan juga turut hadir ke program Talk To My Manager 2 dua minggu lalu untuk memberi sokongan terhadap anaknya, Anggrek selain ingin memohon maaf kepada Adira atas kekhilafan yang berlaku di mahkamah semasa prosiding pengesahan rujuk mereka baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN