fbpx
HANNAH mengakui fokus KBS adalah untuk menyelia stadium dan venue sedia ada berbanding proses pembinaan yang baharu.

KBS fokus penambahbaikan stadium, venue sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) tidak berhasrat untuk membina stadium baharu yang boleh memberikan masalah khususnya dalam memastikan penjagaan serta kemudahan venue terbabit dapat dikekalkan pada tahap terbaik.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, perkara paling penting sekarang adalah cara untuk menaik taraf stadium sedia ada termasuk venue bagi sukan lain agar dapat digunakan pada kejohanan sukan akan datang.

“Kita lihat bukan sahaja stadium utama, tapi kami nak pastikan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan negeri bersama-sama membina sukan.

“Keutamaan KBS bukan asyik membina (stadium) sebaliknya nak tahu bagaimana untuk uruskan proses naik taraf sehingga dapat diseliakan sebaiknya.

“Kalau tengok di negeri lain, asyik bina stadium ketika SUKMA (Sukan Malaysia) tapi penyeliaannya agak sukar.

“Jadi, kami tiada perancangan untuk terus membina (stadium) dan lebih baik gunakan venue sedia ada,” katanya.

Pada kempen Piala AFF 2022 yang lepas, penyokong bola sepak negara telah mengkritik susulan pertindihan jadual aksi separuh akhir dengan konsert artis antarabangsa, Jay Chou sehingga kapasiti terpaksa dikurangkan lebih 20,000.

Terdapat cadangan yang diberikan kepada pihak kerajaan agar membina satu lagi stadium khusus untuk perlawanan bola sepak selain boleh digunakan untuk kejohanan yang lain.

POPULAR