fbpx

Pas alu-alukan kedatangan ‘orang hebat’ UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi menyampaikan geran kepada penduduk pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik, Lesen Menduduki Sementara, Hak Milik Sambungan dan Cukai Tanah di Pendang hari ini.

PENDANG – Pas mengalu-alukan penyertaan bekas pemimpin UMNO ke dalam Perikatan Nasional (PN) yang disifatkan mampu memberi impak positif terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor beranggapan pemimpin yang dipecat daripada parti tersebut merupakan individu hebat termasuk berpengalaman dan berpengaruh.

“Kesan positif (penyertaan bekas pemimpin UMNO) kerana yang dibuang daripada UMNO orang baik-baik, orang yang ada potensi hebat.

“KJ (Khairy Jamaluddin Abu Bakar)? Siapa kata tak hebat, Siapa kata Annuar Musa, Noh Omar, Shahidan Kassim, Hishamuddin tidak hebat? Semua ini orang hebat, terkenal di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau mengulas tentang kenyataan Khairy Jamaluddin semalam, bahawa beliau menerima tawaran untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tanpa menyebut nama parti terlibat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI