fbpx
Jais

Pembebasan Syed Saddiq jadi iktibar semua pemimpin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menghormati keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan pihak pendakwaan sekali gus mengekalkan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, pihaknya menghormati keputusan itu dan menegaskan sebagai mahkamah tertinggi negara, keputusan tersebut wajib dihormati oleh semua pihak demi memelihara kedaulatan undang-undang serta kebebasan institusi kehakiman.

Menurut beliau, kes berkenaan menjadi satu duluan penting bahawa seseorang yang didakwa mempunyai hak untuk membersihkan nama melalui keseluruhan proses perundangan sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Pada masa sama, ia tidak harus ditafsirkan sebagai lesen untuk memandang ringan soal amanah, tadbir urus dan pengurusan dana organisasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MCW berpandangan keputusan itu wajar dianggap sebagai peluang kedua kepada Syed Saddiq untuk membuktikan komitmennya terhadap integriti dan kepimpinan beretika.

Katanya, sebagai tokoh politik muda yang masih mempunyai masa depan yang panjang, Syed Saddiq perlu mengambil iktibar daripada pengalaman itu dengan memastikan segala urusan kewangan, pentadbiran serta pengurusan aset awam atau parti dilaksanakan secara telus dan mematuhi undang-undang.

“Lebih penting, semua ahli politik tanpa mengira parti perlu menjadikan kes ini sebagai peringatan bahawa integriti bukan sekadar mengelakkan sabitan mahkamah, tetapi membina kepercayaan rakyat melalui amalan tadbir urus yang telus, berhemah dan bertanggungjawab,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN