fbpx

Budak lelaki 9 tahun lulus sekolah tinggi selepas 3 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
David tamat pengajian diploma di Sekolah Reach Cyber Charter di Harrisburg, Pennsylvania. – Balogun Family

WASHINGTON – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun di Amerika Syarikat (AS) berjaya menamatkan pengajian sekolah tinggi dalam tempoh hanya tiga tahun, lapor akhbar New York Post. 

David Balogun menamatkan pengajian diploma di Sekolah Reach Cyber Charter, Harrisburg dalam negeri Pennsylvania, demikian menurut sekutu portal berita NBC.

“Saya mahu menjadi ahli astrofizik, selain ingin mengkaji lohong hitam dan supernova,” katanya.

Budak lelaki itu mula belajar di sekolah tinggi tidak lama sebelum sekolah-sekolah di AS ditutup akibat pandemik. Dia menghadiri kelas secara online di rumah dan menggemari subjek sains dan pengaturcaraan komputer.

Budak genius itu mengambil masa kurang tiga tahun untuk menghabiskan pengajian diploma dan lulus dengan GPA lebih 4.0.

“David ialah seorang kanak-kanak yang memberi inspirasi, pastinya seorang yang mengubah cara anda berfikir tentang mengajar,” kata guru sains, Cody Derr.

Kedua-dua ibu bapa David mempunyai ijazah lanjutan tetapi mereka mengakui adalah mencabar untuk membesarkan anak lelaki yang sangat berbakat dari segi intelek.

“Saya terpaksa berfikir di luar kotak. Dia berusia 9 tahun dengan otak yang mempunyai kapasiti untuk memahami banyak konsep di luar usianya dan kadang-kadang di luar pemahaman saya,” kata ibunya, Ronya.

Pencapaian itu menjadikan David sebagai salah seorang graduan sekolah tinggi paling muda di AS, demikian menurut laman Oldest.org. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI