fbpx

Zii Jia perlu guna khidmat jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA terkandas seawal pusingan pertama dalam tiga kejohanan setakat ini selepas membuat keputusan untuk bergerak tanpa jurulatih.

PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia digesa supaya mendapatkan khidmat jurulatih sekiranya dia mahu kembali mendapatkan prestasi terbaik dan kekal berada di tahap tertinggi.

Legenda badminton tanah air, Datuk Rashid Sidek berkata, selain memerlukan jurulatih, pemain No. 4 dunia itu perlu menyusun satu pasukan yang boleh menguruskan keperluannya ketika beraksi di luar negara.

Tambah bekas ketua jurulatih skuad badminton kebangsaan itu, Zii Jia ketika ini memerlukan satu pasukan merangkumi fisioterapi, rakan sepelatih serta pengurus yang mengendalikan aspek latihan serta kejohanan.

“Pada pandangan saya, dia (Zii Jia) perlu ada perancangan, iaitu pasukan yang bagus supaya dapat mengenal pasti kelemahan, seterusnya meningkatkan lagi pres­tasinya ke tahap terbaik.

“Sekiranya saya, saya akan akan lantik jurulatih dan mempunyai satu pasukan yang terbaik untuk kekalkan prestasi. Sebagai pemain, saya hanya perlu memberi tumpuan kepada permainan saja,” katanya.

Untuk rekod, Zii Jia yang juga bekas juara Seluruh England (All England) bermula dengan agak hambar pada saingan musim ini apabila belum dapat melepasi pusingan kedua dalam tiga kejohanan berturut-turut.

Terdahulu, juara Asia itu kekal dengan pendirian untuk berge­rak secara bersendirian tanpa khidmat jurulatih selepas mengambil keputusan berpisah dengan pengendali dari Indonesia, Indra Wijaya November tahun lalu.

Sementara itu, Rashid turut menggesa semua pihak supaya tidak terlalu cepat melatah dan menghukum pemain berusia 25 tahun itu biarpun prestasinya agak kurang meyakinkan sejak kebelakangan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI